Sunday, January 10, 2010

Assalamualaikum w.b.h. Baru2 ini semasa Hari Raya Haji yang lepas JIMSPU dengan kerjasama Masjid Taqwa Taman Bertam Indah telah mengadakan kunjungan ke rumah Bakti Kepala Batas yang menempatkan anak-anak yatim. Terdapat sekitar 120 orang kanak2 termasuk 20 orang lebih bayi yg ditempatkan disini atas berbagai sebab, kebanyakannya kerana kematian/ketiadaan ib/bapa atau kedua2nya sekali. Mereka yg ditempatkan disini adalah yg berumur 12 thn kebawah.Apabila memasuki sekolah menengah yang lelaki akan dihantar ke Selangor dan yang perempuan akan dihantar ke Perlis. Kepada yg berhajat mengunjungi mereka bolehlah hubungi JIMSPU. Kepada yg nak ambil anak angkat juga amat2lah digalakkan oleh pihak pengurusan disini. Sebagai renungan, hayatilah ayat ini;

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang". " Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Maka itulah orang yang menghardik anak yatim. dan tidak mendorong memberi makan orang miskin. Maka celakalah orang2 yang salat, (yaitu) orang2 yang lalai terhadap salatnya, yang berbuat ria', dan enggan (memberikan) bantuan." (Al-Maun)



























No comments: